Academy Communication Etiquette and Protocol (ACCEPT)
Pembentukan Imej Profesional dalam Penampilan dan Etiket
- Details
- Category: Kursus
- Published: Thursday, 04 July 2013 03:42
- Written by Super User
- Hits: 3738

Maklumat Kursus
Kepentingan seorang warga kerja kepada sesebuah organisasi tidak dapat dipertikaikan. Seorang pemberi khidmat pada masa kini bukan sahaja bertindak sebagai duta kepada majikannya, malah kewibawaan majikan juga amat bergantung kepada keupayaan dan produktivitinya. Ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang warga kerja yang ideal merangkumi aspek profesional dan personal. Ia menjadikan seseorang itu disenangi majikan, rakan sekerja dan pelanggan, bukan sahaja ketika menjalankan tugas, malah di luar waktu bertugas.
Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan dengan etiket dan imej profesional. Di dalam dunia pekerjaan hari ini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi dengan personaliti yang profesional.
Program ini akan mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai etiket khususnya tatacara menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan dan ketertiban berpakaian. Program ini juga memberi penekanan terhadap keterampilan diri dan kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal.
Pengisian Kursus
- Etika Membina Perhubungan Profesional
- Teknik Berketrampilan dan Penampilan Secara Profesional
- Etiket Makan Beradab dan Simulasi Makan Beradab
Tempoh Kursus : 16 jam (2 Hari)
Pemantapan Imej Profesional Institut Penilaian Negara
Grooming For Leaders @ Institute of Leadership and Development (ILD) pada 1 April 2019
Grooming and Etiquette for LHDN Jalan Duta pada 30 Oktober & 1 November 2019.
the 3-day Workshop of Social Etiquette and Organizational Image Excellence for ILKAP : 3 - 5 September 2019.
TEMPOH PROGRAM
Kursus ini juga boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
KANDUNGAN MODUL
- Modul 1: Grooming 101
- Modul 2: Gaya Personaliti Diri
- Modul 3: Teknik Memilih & Memadankan Warna Dalam Penampilan
- Modul 4: Mengenali Bentuk Wajah dan Pengaruhnya Dalam Penampilan
- Modul 5: Mengenali Bentuk Tubuh – Teknik dan Tips Berpakaian
- Modul 6: Asas Penjagaan Kulit Wajah, Teknik Mekap Ke Pejabat & Teknik Penggayaan Hijab
- Modul 7: Komunikasi Profesional
- Modul 8: Etiket Di Meja Makan
- Modul 9: Etiket Sosial dan Profesional
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.