Academy Communication Etiquette and Protocol (ACCEPT)
Etiket Makan Beradab
- Details
- Category: Kursus
- Published: Tuesday, 14 March 2017 22:30
- Written by Super User
- Hits: 3405

Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan etiket sosial. Di dalam dunia pekerjaan hari ini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi.
Program ini akan mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai etiket khususnya tatacara dan etiket makan bermajlis. Program ini juga memberi penekanan terhadap kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal. Justeru membentuk personaliti yang unggul dan cemerlang dalam menjaga imej korporat serta peranan mereka dalam membina identiti profesional yang berkualiti.
Maklumat Kursus
- Meningkatkan keyakinan diri berinteraksi di majlis formal dan tidak formal dengan memberi pendedahan mengenai nilai-nilai penting yang menjadi asas tatakelakuan bersopan santun serta berbudi bahasa
- Menguasai kemahiran menggunakan utensil dan peralatan makan
- Memahami prinsip dan etika serta tertib di meja makan.
Pengisian Kursus
Etiket Makan Beradab dan Simulasi Makan Beradab
-
Etiket Makan Beradab
-
Peranan dan Tanggungjawab seorang Tuan Rumah dan Tetamu Jemputan
-
Peragaan Meja dan Kegunaan Kutleri Peralatan Makan
-
Menu Jamuan
-
Mengenali Peralatan dan Penggunaan Peralatan
-
Tata Cara Makan & Dos and Don’ts
-
Mempraktikkan Elemen Tertib Makan Beradab
-
Mengaplikasikan Kemahiran Menggunakan Peralatan
-
Mempraktikkan Elemen Etiket Sosial di Meja Makan
Tempoh Kursus : 4 jam
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.