Kursus Penampilan Diri dan Imej Profesional khas untuk pihak pengurusan Jabatan Akauntan Negara Putrajaya pada 11 Disember 2019.
Satu kolaborasi bersama Awaken Training Consultancy dan terima kasih JANM di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini.
Program ini adalah untuk meningkatkan imej profesional para penjawat awam yang bertugas dengan membantu para peserta berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi- formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil meyakinkan dan berketrampilan ketika menjalankan amanah dan tugasan.
Antara yang ditekankan ialah teknik berpakaian - Dress Sense