+603-83143242 / +6017-4994679    noraini@accept-training.com

Blog

17 Mar

8 TIPS KEMBANGKAN KEMAMPUAN KOMUNIKASI

Copy of fb ACCEPT

 

 

1. Pastikan anda menggunakan tata bahasa yang tepat.

Bahasa yang digunakan melambangkan siapa diri anda. Keyakinan orang lain kepada anda juga meningkat dari cara anda menggunakan tata bahasa ini.

2. Milikilah rasa percaya diri saat berbicara, tak perlu risau dengan pendapat orang lain.

Keyakinan diri amat penting. Jangan ambil peduli kritikan negatif, namun beri perhatian jika ada kritikan yang membina.

3. Gunakan volume suara yang sesuai dengan situasi percakapan.

Tonasi suara mempunyai impak berbeza dalam berbicara. Latih diri untuk gunakan pelbagai tonasi suara dalam menyampaikan komunikasi anda.

4. Jangan memotong pembicaraan orang lain atau ikut berbicara saat orang lain bicara. Tindakan itu akan merosak suasana percakapan. Pemilihan waktu adalah sesuatu yang penting. Beri perhatian dan hormati orang lain. 

5. Pembicara yang baik adalah pendengar yang baik.

Jangan hanya mahu didengar sahaja. Siapkan telinga anda untuk mendemgar bicara orang lain.

6. Reaksi dari lawan bicara dapat memastikan anda mengerti apa yang sedang dibicarakan.

Perhatikan reaksi wajah dan gerak tubuh lawan bicara anda. Ia membantu anda lebih faham mesej dalam komunikasi yang ingin disampaikannya.

7. Berkomunikasi dengan jujur, sensitif dan faktual

Pada ketika ini, berita palsu menjadi semakin berleluasa, terutama sekali melalui media sosial. Walaupun kita ingin berkomunikasi dengan konsisten dan kerap, namun, haruslah menjadi tanggungjawab bersama untuk memberi maklumat yang tepat dan sahih.

8. Berkomunikasi menerusi aset digital anda dengan lebih aktif dan kreatif.

Aset digital anda merupakan platform yang perlu anda manfaatkan pada waktu ini. Bukan sahaja anda boleh tentukan sepenuhnya kandungan perkongsian anda, tetapi anda juga boleh salurkan informasi mengikut kreativiti anda.

Noraini Mohd Hanafiah

Academy Communication Etiquette and Protocol atau ACCEPT selain dari memberi khidmat latihan dalam pelbagai bidang, ACCEPT memberi fokus kepada 3 bidang utama iaitu:

a) Komunikasi
b) Etiket
c) Protokol

Academy Communication Etiquette and Protocol atau ACCEPT selain dari memberi khidmat latihan dalam pelbagai bidang, ACCEPT memberi fokus kepada 3 bidang utama iaitu:


a) Komunikasi
b) Etiket
c) Protokol

 

Hubungi Kami

  Alamat: Level 3 & 4,Wisma Suria, Jalan Teknokrat 6, Cyber 5, Wisma Suria, Cyberjaya, Selangor

  Telefon: +603-83143242 / +6017-4994679

 Laman Web: www.accept-training.com

 Facebook: EtiquetteandProtocolTraining