+603-83143242 / +6017-4994679    noraini@accept-training.com

Blog

05 May

Sesi Pemantapan Imej Profesional

Pemantapan Imej Profesional

 

Tarikh Kursus: 27 September 2020

Tempat: Pejabat Menteri Besar Selangor, Shah Alam

Bilangan Peserta & Organisasi : 30 pax Warga kerja Pejabat Menteri Besar Selangor

Maklumat Kursus

Kursus kali ini telah telah dikendalikan dengan jayanya oleh Puan Zalea Yusof Perunding Imej Profesional.

Kepentingan seorang warga kerja kepada sesebuah organisasi tidak dapat dipertikaikan. Seorang pemberi khidmat pada masa kini bukan sahaja bertindak sebagai duta kepada majikannya, malah kewibawaan majikan juga amat bergantung kepada keupayaan dan produktivitinya. 

Ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang warga kerja yang ideal merangkumi aspek profesional dan personal. Ia menjadikan seseorang itu disenangi majikan, rakan sekerja dan pelanggan, bukan sahaja ketika menjalankan tugas, malah di luar waktu bertugas.

Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan dengan etiket dan imej profesional. Di dalam dunia pekerjaan hari ini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi dengan personaliti yang profesional.

 

Program ini akan mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai etiket khususnya tatacara menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan dan ketertiban berpakaian. Program ini juga memberi penekanan terhadap keterampilan diri dan kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal.

 

Pemantapan Imej Profesional MB Sel 3

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Profesional ini di tempat anda?

Mohon isikan borang untuk memudahkan kami mengemukakan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga kursus tersebut.

Nama ( Person In Charge )*
Email
No. Telefon
Nama Syarikat
Tajuk Kursus (Nama Kursus Yang Ingin di Sertai?)*
Objektif Kursus (Apakah objektif anda bagi mengikuti kursus ini?)

 

 

Noraini Mohd Hanafiah

Academy Communication Etiquette and Protocol atau ACCEPT selain dari memberi khidmat latihan dalam pelbagai bidang, ACCEPT memberi fokus kepada 3 bidang utama iaitu:

a) Komunikasi
b) Etiket
c) Protokol

Academy Communication Etiquette and Protocol atau ACCEPT selain dari memberi khidmat latihan dalam pelbagai bidang, ACCEPT memberi fokus kepada 3 bidang utama iaitu:


a) Komunikasi
b) Etiket
c) Protokol

 

Hubungi Kami

  Alamat: Level 3 & 4,Wisma Suria, Jalan Teknokrat 6, Cyber 5, Wisma Suria, Cyberjaya, Selangor

  Telefon: +603-83143242 / +6017-4994679

 Laman Web: www.accept-training.com

 Facebook: EtiquetteandProtocolTraining