Kepentingan seorang warga kerja kepada sesebuah organisasi tidak dapat dipertikaikan. Seorang pemberi khidmat pada masa kini bukan sahaja bertindak sebagai duta kepada majikannya, malah kewibawaan majikan juga amat bergantung kepada keupayaan dan produktivitinya. Ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang warga kerja yang ideal merangkumi aspek profesional dan personal. Ia menjadikan seseorang itu disenangi majikan, rakan sekerja dan pelanggan, bukan sahaja ketika menjalankan tugas, malah di luar waktu bertugas.
Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan dengan etiket dan imej profesional. Di dalam dunia pekerjaan hari ini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi dengan personaliti yang profesional.
Program ini akan mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai etiket khususnya tatacara menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan dan ketertiban berpakaian. Program ini juga memberi penekanan terhadap keterampilan diri dan kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal.
Tempoh Kursus : 16 jam (3 Hari)
Kursus 'My Persona': Pemantapan Imej Profesional Perspektif Protokol dan Etiket Makan 2024 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia: 23 - 26 Julai 2024 bertempat di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Kuala Lumpur.
'My Persona': Empowerment through Style Personality, Dress Sense and Colors buat 16 Ahli Badan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI): 12 Julai 2024 bertempat di AMES Hotel Melaka.
Kursus Pemantapan Imej Profesional Jabatan Tanah dan Survei Sarawak: 16 - 18 Mei 2024 bertempat di Hotel Grand Palace Miri Sarawak.
Kursus Pemantapan Imej Profesional, Etiket Sosial dan Protokol Pengurusan Majlis Siri Ke-2 anjuran KETENGAH Holdings Sdn Bhd pada 13 & 14 Mei 2024 bertempat di AC Hotels by Marriott Kuantan.
Kursus Pemantapan Imej Profesional, Etiket Sosial dan Protokol Pengurusan Majlis anjuran KETENGAH Holdings Sdn Bhd pada 6 & 7 Mei 2024 bertempat di AC Hotels by Marriott Kuantan.
Kursus Pemantapan Imej Profesional dan Protokol Pengurusan Majlis anjuran Air Kelantan Sdn Bhd pada 19 & 20 February 2024, bertempat di Wisma Air Kelantan Kota Bharu.
Corporate Grooming and Business Protocol for Future Leaders of Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) 6 & 8 March 2024 at IDFR
Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial buat 20 warga kerja PLUS Malaysia Berhad: 22 & 23 April 2024 bertempat di PERSADA PLUS Subang.
A 4-hour session on Corporate Grooming, Business Protocol and Etiquette in IDFR Pre-Posting course for Head of Missions and spouses: 30 September 2023.
Kursus Imej dan Keterampilan Diri untuk 200 warga kerja Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM): 7 Mac 2023.
Kursus Pemantapan Imej Profesional Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta: 28 - 30 Oktober 2022 bertempat di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur.
Kursus Pemantapan Imej Profesional: Perspektif Penampilan dan Etiket anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia: 31 Mei - 2 Jun 2022 di Westin Hotel KL.
Pemantapan Imej Profesional Institut Penilaian Negara
Grooming For Leaders @ Institute of Leadership and Development (ILD) pada 1 April 2019
Grooming and Etiquette for LHDN Jalan Duta pada 30 Oktober & 1 November 2019.
the 3-day Workshop of Social Etiquette and Organizational Image Excellence for ILKAP : 3 - 5 September 2019.
Professional Image and Business Etiquette Course for CCMC workforce in Pasir Gudang Johor.
TEMPOH PROGRAM
Kursus ini juga boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
KANDUNGAN MODUL
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.