Kursus Setiausaha Hebat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertempat di ILKAP Bangi: 6 & 7 Disember 2022.
Kepentingan seorang setiausaha kepada sesebuah organisasi tidak dapat dipertikaikan. Seorang setiausaha pada masa kini bukan sahaja bertindak sebagai duta kepada majikannya, malah kewibawaan majikan juga amat bergantung kepada keupayaan dan produktivitinya. Ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang setiausaha yang ideal merangkumi aspek profesional dan personal. Setiausaha yang profesional dapat menjalankan tugas rasmi di pejabat secara berkesan. Manakala dari aspek personal pula adalah karakter peribadi serta sikap yang menjadikan seorang setiausaha itu disenangi majikan, rakan sekerja dan pelanggan, bukan sahaja ketika menjalankan tugas, malah di luar waktu bertugas.
Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan etiket sosial. Di dalam dunia pekerjaan hari ini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi.
Justeru kursus ini membantu para peserta membentuk personaliti yang unggul dan cemerlang dalam menjaga imej korporat serta peranan mereka dalam membina identiti profesional yang berkualiti.
2. TEKNIK BERKETRAMPILAN DAN PENAMPILAN SECARA PROFESIONAL
a. Imej dan Keterampilan Diri
b. 4 Gaya Personaliti yang Mempengaruhi Penampilan
c. Analisis bentuk badan dan bentuk muka
d. Pemakaian profesional untuk lelaki dan wanita
e. Pengaruh warna dalam penampilan
f. Teknik dan Gaya Berhijab
g. Kebersihan Diri dan Tatahias serta Solekan (Make Up Techniques)
3. ETIKET SOSIAL DAN ETIKET DI TEMPAT KERJA
a. Kepentingan Etiket Sosial dan Etiket di Tempat Kerja
b. Elemen Utama Etiket Sosial
c. Tips Perkenalan dan Perbualan Sosial
d. Sapaan awalan dan panggilan hormat
e, Kepentingan bahasa tubuh
f. Etika pemberian dan penerimaan kad nama
g. Adab di Majlis Rasmi
Kursus Komunikasi Berkesan Setiausaha Jabatan Audit Negara
Kursus Aspirasi Setiausaha MAMPU JPM
Kursus Setiausaha Hebat Kementerian Kewangan Malaysia : 15 - 17 Jun 2021 dibuat secara atas talian.
Tempoh Kursus: 16 jam (3 Hari)
Kursus ini juga boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Pendekatan yang digunakan adalah bersifat “Experiential Learning”. Oleh itu, teknik pembelajaran yang digunakan adalah bertumpukan kepada kaedah main peranan, simulasi, perbincangan kumpulan dan persembahan individu. Selain itu, tayangan LCD, Video dan sebagainya akan juga diterapkan dimana sesuai dan perlu. Keseluruhan aktiviti akan diselang-selikan dengan ceramah, penerangan konsep dan sesi soal jawab. Nota dan bahan-bahan latihan akan juga diberi semasa kursus dijalankan.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.