Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan etiket sosial. Di dalam dunia pekerjaan hari ini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi.
Program ini akan mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai etiket khususnya tatacara dan etiket makan bermajlis. Program ini juga memberi penekanan terhadap kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal. Justeru membentuk personaliti yang unggul dan cemerlang dalam menjaga imej korporat serta peranan mereka dalam membina identiti profesional yang berkualiti.
Etiket Makan Beradab dan Simulasi Makan Beradab
Latihan Dalam Talian: Adab dan Tertib di Meja Makan.
Kami juga menyediakan Latihan Dalam Talian untuk memudahkan seberapa ramai penyertaan.
Tempoh Kursus : 4 jam
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.