Kursus Setiausaha Hebat Kementerian Kewangan Malaysia pada 15 - 17 Jun 2021
ACCEPT telah berkolaborasi bersama Brainworks Resources sebagai penyedia khidmat latihan untuk mengendalikan Kursus Setiausaha Hebat Kementerian Kewangan Malaysia buat para setiausaha pejabat kementerian pada 15 – 17 Jun 2021 yang lalu.
Jutaan penghargaan kepada Brainworks Resources dan khususnya kepada Sekretariat Latihan Kementerian Kewangan Malaysia atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Setiausaha Hebat yang dibuat secara atas talian.

Kepentingan seorang setiausaha kepada sesebuah organisasi tidak dapat dipertikaikan. Seorang setiausaha pada masa kini bukan sahaja bertindak sebagai duta kepada majikannya, malah kewibawaan majikan juga amat bergantung kepada keupayaan dan produktivitinya. Ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang setiausaha yang ideal merangkumi aspek profesional dan personal. Setiausaha yang profesional dapat menjalankan tugas rasmi di pejabat secara berkesan. Manakala dari aspek personal pula adalah karakter peribadi serta sikap yang menjadikan seorang setiausaha itu disenangi majikan, rakan sekerja dan pelanggan, bukan sahaja ketika menjalankan tugas, malah di luar waktu bertugas.
Justeru kursus ini membantu para peserta membentuk personaliti yang unggul dan cemerlang dalam menjaga imej korporat serta peranan mereka dalam membina identiti profesional yang berkualiti.



Kursus ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
- • membentuk teknik berketrampilan dan penampilan secara profesional
- • mengasah kemahiran interpersonal dan komunikasi bagi menangani segala cabaran di tempat kerja
- • menggaris adab bersosial dan etiket bermajlis dan di tempat kerja

Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan etiket sosial. Di dalam dunia pekerjaan hari ini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi.

Peserta terbaik menerima hadiah Buku 'Dining Etiquette: Please Upgrade Me!' yang dikirim sejurus selepas kursus tamat.

Semoga segala ilmu yang disampaikan Kursus Setiausaha Hebat Kementerian kewangan Malaysia ini menyuntik semangat dan motivasi para peserta yang hadir untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan mampu menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan Kursus Setiausaha Hebat ini di tempat anda? Mohon isikan borang untuk membantu kami mengemukakan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga kursus tersebut.

