Alhamdulillah ACCEPT diberi kesempatan dan ruang untuk berkongsi ilmu Protokol dan Etiket bersama warga kerja Majlis Bandaraya Shah Alam pada 28 Julai 2021 secara atas talian.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada MZA Global Consultancy dan MBSA di atas peluang dan jemputan untuk mengendalikan kursus ini. Juga diucapkan tahniah kepada semua peserta yang setia bersama sepanjang sesi perkongsian ini. Semoga dimanfaatkan ilmu dan selamat maju jaya.
Pengetahuan dan kemahiran protokol majlis rasmi perlu diketahui dan dikuasai oleh semua orang. Kemahiran ini boleh digunakan untuk semua semasa menghadiri majlis-majlis dan sebagainya. Namun begitu, pengetahuan protokol sangat penting semasa anda menganjurkan majlis.
Program ini akan mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai amalan protokol dan pengendalian Majlis Rasmi serta etiket khususnya tatacara menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan. Program ini juga memberi penekanan terhadap kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal. Justeru membentuk personaliti yang unggul dan cemerlang dalam menjaga imej korporat serta peranan mereka dalam membina identiti profesional yang berkualiti.
Tempoh Kursus:
Kursus ini juga boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.