Semua pelajar sama ada di peringkat sekolah hingga universiti wajib menghormati guru serta pensyarah. Justeru, kita disarankan agar tidak melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyinggung perasaan mereka.
1 - Menghormati guru/pensyarah sepanjang masa.
2 - Masuk kelas sebelum guru datang dan berdiri apabila guru/pensyarah masuk ke kelas.
3 - Sentiasa mengucapkan salam dan mendoakan kesejahteraannya.
4 - Bercakap dengan penuh sopan santun.
5 - Sentiasa meminta izin untuk membuat sesuatu seperti hendak keluar kelas, hendak minum air dan sebagainya.
6 - Tidak berbual-buat ketika guru/pensyarah sedang mengajar.
7 - Memberi tumpuan terhadap pengajaran guru/pensyarah dan tidak melakukan kerja lain seperti membaca buku cerita, mencakar-cakar kertas, bermain-main dengan pen dan seumpamanya.
8 - Tidak terus mencelah ketika guru/pensyarah sedang bercakap atau mengajar tetapi sebaliknya meminta izin terlebih dahulu.
9 - Elakkan daripada perbuatan dan perkataan yang boleh menimbulkan kemarahan guru/pensyarah .
10 - Segera tampil ke hadapan apabila diminta oleh guru/pensyarah dan tidak mengelakkan diri dengan menyuruh orang lain.
11 - menghantar kerja umah/assignment yang diminta pada waktu yang ditetapkan dan bukan memberi alasan.
12 - Tidak memusuhi guru/pensyarah kerana perbuatan itu dibimbangi akan menghilangkan keberkatan ilmu.
Selain itu, ringankanlah bibir untuk memohon maaf dan mengucapkan terima kasih sebagai tanda hormat terhadap mereka yang sudi berkongsi ilmu dengan kita.

