
Alhamdulillah telah berjalan lancar Kursus Protokol dan Pengurusan Majlis buat 25 warga pendidik Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jazakillahu Pn Raihan, Awaken Training & Consultancy atas jemputan mengendalikan Kursus ini yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 2-3 November 2021, secara dalam talian menggunakan platform Zoom Meeting.
Antara objektif Kursus Protokol dan Pengurusan Majlis ini adalah:
1. Memberikan kemahiran kepada pegawai pengiring untuk menjalankan tugas dan mengaplikasikan aspek protokol dan pengurusan majlis di pelbagai peringkat.
2. Meningkatkan kefahaman tentang tanggungjawab setiap penganjur, pengurus acara dan urus setia majlis dalam pengendalian majlis rasmi.
3. Meningkatkan keyakinan peserta dalam menjalankan tugas semasa mengendalikan majlis rasmi.
4. Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta etiket sosial dalam urusan pengendalian majlis.
5. Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat
6. Menerapkan nilai-nilai profesional dan kemahiran sosial dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk.
3 peserta terbaik telah dipilih untuk menerima hadiah Buku Dining Etiquette:Please Upgrade Me!.


Tahniah juga kepada semua peserta yang aktif mengambil bahagian menjayakan sesi perkongsian ilmu ini dan diucapkan selamat maju jaya. Semoga terus cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan, insyaa Allah.




