Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan dengan etiket dan imej profesional. Setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi dengan personaliti yang profesional.
Program ini telah mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai etiket khususnya tatacara menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan dan ketertiban berpakaian. Program ini juga memberi penekanan terhadap keterampilan diri dan kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal.
Alhamdulillah dan jazakumullahu sahabat ku semua disini, berkat doa kelian, program yang disertai oleh 27 orang warga JPPH dan para isteri telah dikendalikan dengan jaya dan berjalan lancar.
Setinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih juga dirakamkan untuk segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak urusetia INSPEN dan pihak hotel dalam menjayakan program ini. Sekalung Tahniah buat para peserta semoga dimanfaatkan ilmu yang dikongsikan. Selamat maju jaya.







