
Kursus Etiket Dalam Penyajian Makanan anjuran INSPEN pada 23 - 25 November 2021, berjalan lancar bersama seramai 28 warga kerja dari Unit Domestik INSPEN dan pelbagai Bahagian JPPH.
Jutaan terima kasih kepada INSPEN di atas jemputan dan peluang untuk kami berkongsi ilmu berkenaan Etiket Dalam Penyajian Makanan ini.

Program ini memuatkan 3 modul yang dikendalikan sepanjang 3 hari dengan kemudahan peralatan yang lengkap bagi setiap peserta untuk sesi simulasi dan hands-on.

Modul yang dikongsikan ialah:
1. Imej dan Penampilan Diri Penyaji Makanan
2. Persediaan Awal dalam Menyediakan Peranggu Meja
3. Tatacara Penyajian Kepada Tetamu (Aturan Servis dan Hidangan)


Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta di atas komitmen yang hebat dan penglibatan aktif sepanjang sesi perkongsian ini.
Juga diucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Fahmi Sabri, Faizul dan juga Mahathir Muhamad, di atas sokongan dan kerjasama menjayakan program ini.


Tempoh Kursus:
Kursus ini juga boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

