
Pada 7 hingga 9 Disember 2021, telah berlangsung Kursus Protokol dan Pengurusan Majlis bersama 35 orang warga kerja Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah bertempat di Bilik Hijrah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah. Satu kolaborasi bersama Awaken Training and Consultancy dan ACCEPT.
Antara objektif Kursus Protokol dan Pengurusan Majlis ini adalah:
1. Memberikan kemahiran kepada pegawai pengiring untuk menjalankan tugas dan mengaplikasikan aspek protokol dan pengurusan majlis di pelbagai peringkat.
2. Meningkatkan kefahaman tentang tanggungjawab setiap penganjur, pengurus acara dan urus setia majlis dalam pengendalian majlis rasmi.
3. Meningkatkan keyakinan peserta dalam menjalankan tugas semasa mengendalikan majlis rasmi.
4. Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta etiket sosial dalam urusan pengendalian majlis.
5. Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat
6. Menerapkan nilai-nilai profesional dan kemahiran sosial dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk.
Semoga kursus mencapai objektif dan mendapat keberkatan Ilahi, in sha Allah amin.





Tempoh Kursus:
Kursus ini juga boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

