Sedih melihat anak muda masa kini kurang hormat apabila bersama warga emas dan cara layanan terhadap mereka.
Mereka ini mempunyai pengalaman hidup yang harus kita dengar dan pelajari. Ingatlah bahawa bersikap ramah kepada semua orang , tidak kira usia mereka, menunjukkan watak sebenar anda.
Cuba letakkan diri anda pada kedudukan mereka. Bagaimana perasaan anda jika orang tidak menghormati anda hanya kerana anda mempunyai uban dan gaya berjalan lebih perlahan?
Pasti sedih dan kecewa kerana mendapat layanan sebegitu rupa. Ini adalah 5 adab apabila bersama warga emas.
1. Berjabat tangan
Sekiranya anda bertemu dengan warga emas untuk pertama kalinya atau mengenali satu sama lain, berjabatlah tangan . Ini adalah isyarat yang sederhana namun mesra yang membolehkan orang itu mengetahui bahawa anda mempunyai adab.
2. Bercakap sopan
Apabila bersama warga emas, jagalah percakapan anda. Jangan meninggikan suara kepada mereka dan bercakap dengan lemah lembut.
Sekiranya mereka mempunyai masalah pendengaran, gunalah cara yang baik untuk menyampaikan seperti anda mendekatkan diri anda dengan mereka agar lebih jelas kedengaran.
3. Tawarkan bantuan
Apabila orang tua menghampiri pintu masuk bangunan, pegang pintu dan biarkan dia pergi terlebih dahulu. Tawarkan untuk mencapai sesuatu di rak tinggi atau rendah di kedai atau di rumah.
Berhati-hatilah dengan sebarang kecacatan yang mungkin ada dan pertolongan mengikut keperluannya.
4. Memberikan senyuman
Semasa mendekati atau memberi salam kepada orang tua, lontarkanlah senyuman anda. Senyuman mesra daripada anda boleh membuatkan hari Mereka lebih ceria dan senyuman itu adalah sedekah.
5. Beri masa dan perhatian
Warga emas akan menghargai perhatian anda dalam masa yang singkat. Nikmati perbualan mengenai topik yang sama. Duduk dengan datuk dan nenek atau warga emas yang lain dan tunjukkan bahawa anda peduli.
Main permainan atau menonton filem bersama. Jangan ragu untuk bertanya mengenai pengalaman mereka, dan kemudian dengarkan. Apabila umur sudah meningkat, mereka inginkan lebih perhatian daripada anak-anak dan cucu mereka.

