Bengkel Kerjaya dan Sahsiah Diri Pelajar INSPEN, 21 - 24 Februari 2022.

Buat julung kali tahun ini, bagi menyantuni jemputan INSPEN, kami berdua bergandingan untuk menjayakan bengkel buat 54 pelajar semester akhir INSPEN.

Bagi para graduan yang baru menempuh dunia kerjaya atau masih tercari cari kerjaya yang diingini, mereka akan menyedari bahawa tempat kerja dan kehidupan baru berkerjaya adalah berbeza daripada kehidupan kolej: kehidupan baru ini adalah intipati yang datang dengan tanggungjawab dan komitmen. Untuk berjaya di lapangan kerjaya yang diingini, para graduan perlu berbekalkan kemahiran, bukan sekadar segulung ijazah/sijil malahan ia perlu disertakan dengan kemahiran penjenamaan diri.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan dengan memberikan pendedahan ilmu berkaitan penampilan, komunikasi kerja dan etiket professional. Ini sebagai langkah persediaan para graduan menjadi seorang pekerja profesional seterusnya mampu menjadi pekerja yang diidamkan oleh semua majikan.
Antara Pengisian Bengkel Ialah:
2. Etiket Membina Perhubungan Profesional
3. Skill Penulisan Resume dan Temuduga yang Efektif

Tempoh Kursus:
Kursus ini juga boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

