Tetamu yang dirai.
Berkunjung ke rumah sanak saudara atau rakan atas jemputan, menjadi tanggungjawab anda untuk memberi terbaik sebagai balasan kepada mereka.
Ikuti beberapa tip menjadi tetamu yang dirai berikut:
Berhemah menggunakan kemudahan utiliti
Jangan bazir menggunakan air, mandi terlalu lama dan tidak memadamkan suis lampu yang tidak digunakan. Penghawa dingin juga pastikan ditutup bila meninggalkan bilik.
Kemas.
Kutip pakaian kotor anda, tuala yang telah digunakan dari atas lantai. kemas katil dan selepas makan bantu bersihkan meja makan atau pelawa untuk bantu bersihkan bahagian dapur.
Bersikap terbuka jika diajak untuk mencuba resepi baru, diajak untuk lakukan aktiviti yang anda belum pernah cuba mahupun untuk membaca bahan bacaaan yang bukan biasa anda baca.
Bawa caj telefon anda sendiri. Jangan mengharapkan tuan rumah anda dapat sediakan semua keperluan anda.
Berhati-hati dalam menggunakan barangan tuan rumah. Seperti tuala yang disediakan. Jangan guna untuk membersihkan alat solek anda dan meninggalkan kesan yang sukar ditanggalkan.
Peliharalah adab ketika dijemput sebagai tetamu. Sememangnya ia menggambarkan peribadi seseorang dan untuk kekalkan perhubungan silaturahim, menyenangkan tuan rumah yang telah menjemput kita sudah menjadi satu perkara yang wajib kita lakukan.

