Kursus Protokol Majlis Rasmi dan Etiket anjuran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) yang dihadiri oleh seramai 22 warga kerja IDFR bertempat di Sunway Putra Hotel: 13 - 15 Jun 2022.

Antara pengisian kursus yang dikongsikan ialah:
- Pengenalan Protokol Majlis Rasmi & Aplikasi Protokol Dalam Penganjuran Majlis
- Heirarki VVIP Majlis dan Protokol Susunan Tempat Duduk
- Sambutan VVIP Majlis dan Tetamu
- Teknik Berketerampilan dan Penampilan Secara Profesional Dalam Majlis
- Etiket Bisnes dan Sosial Di Majlis Rasmi
- Protokol Istana dan Etika Bersama SPBYDP Agong/Sultan
- Etiket dan Tertib di Meja Makan dan Simulasi Makan Beradab

Program ini akan mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai amalan protokol dan pengendalian Majlis Rasmi serta etiket khususnya tatacara menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan. Program ini juga memberi penekanan terhadap kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal. Justeru membentuk personaliti yang unggul dan cemerlang dalam menjaga imej korporat serta peranan mereka dalam membina identiti profesional yang berkualiti.


Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

