
Alhamdulillah jutaan terima kasih kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di atas peluang yang diberikan untuk kami mengendalikan Kursus Etika dan Protokol Pengurusan Majlis ini bersama pengarah-pengarah negeri selama 2 hari iaitu pada 15 dan 16 Jun 2022.

Tahniah kepada LPPKN di atas kejayaan menganjurkan program ini. Tahniah juga kepada semua peserta yang komited dan aktif mengambil bahagian sepanjang kursus.

Pengetahuan dan kemahiran protokol majlis rasmi perlu diketahui dan dikuasai oleh setiap individu. Kemahiran ini boleh digunakan semasa menghadiri majlis-majlis dan sebagainya. Namun begitu, pengetahuan protokol sangat penting semasa menganjurkan majlis.

Antara elemen protokol yang perlu difahami adalah seperti prinsip tetamu kehormat, prinsip jemputan tetamu, susunan keutamaan tetamu dalam majlis, panggilan hormat, seating arragement, susunan bendera, peranan penyambut tetamu serta protokol istana dan sebagainya.



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Insyaa Allah.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

