Adab yang diajar zaman dulu.
ADAB dalam konteks mudah adalah melibatkan perilaku, perbuatan, kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, dan kemanusiaan.
Orang Melayu terkenal dengan adab. Pada zaman dahulu, adab sangat penting dalam diri seseorang. Sedari kecil Ibu bapa akan mengajar adab-adab kepada anak-anak mereka. Sebab itulah jika kita lihat orang zaman dulu sangat menjaga tingkah laku dan perbuatan mereka.
Contoh adab yang diajar adalah seperti:-
1.Adab bercakap dengan ibu bapa.
2.Adab bercakap dengan orang yang lebih tua.
3.Adab berjalan dihadapan orang yang lebih tua.
4.Adab dengan guru.
5.Adab belajar.
6.Adab berada di rumah orang
7.Adab makan
Selain diatas ada banyak lagi adab-adab yang diajar oleh orang zaman dulu.
Tiada gunanya ilmu seseorang itu tanpa adab dalam diri mereka. Ilmu tanpa adab seperti mencurah air ke daun keladi, bahkan ia menjadi sia-sia sekiranya tidak memberi kesan terhadap peribadi dan tingkah lakunya.
Ilmu dan adab itu sebenarnya sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Semakin tinggi ilmu dalam dada seseorang itu, maka semakin tinggilah seharusnya adab dan akhlaknya mereka kepada orang lain.

