Kursus Etika Berkomunikasi anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang disertai oleh seramai 28 orang yang terdiri dari Pengarah Negeri dan Ketua Bahagian pada 19 Julai 2022 bertempat di Ibu Pejabat LPPKN, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
Antara Pengisian sesi perkongsian selama 4 jam ini ialah:
- Elemen Komunikasi
- Faktor Komunikasi
- Ciri-ciri Komunikasi Berkesan
- Pemimpin & Komunikasi
Pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan ilmu dan teknik berkomunikasi ini ialah dengan role play dan latih tubi berkomunikasi secara 2 hala dengan menekankan kemahiran mendengar.
Jutaan terima kasih buat pihak penganjur yang telah memberi sepenuh kepercayaan dan peluang untuk ACCEPT mengendalikan sesi perkongsian ini,
Semoga dapat dimanfaatkan ilmu yang dikongsikan...





Penceramah Pn Liyana Marzuki tidak kedekut ilmu berkongsi pengalaman dan kemahiran berkomunikasi nya bersama peserta.


Kursus ini juga boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

