Kursus Protokol Majlis Rasmi dan Etiket: 20 - 21 Julai 2022 di Insitut Diplomasi dan Hubungan Luar Negara (IDFR).

Seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 dan Gred M44 dari Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengikuti program ini, ia sebagai satu keperluan di bawah program Diploma in Diplomacy (DiD) bagi sesi 2/2022 yang bermula pada 13 Julai hingga 18 November 2022.
Program DID ini merupakan program latihan intensif yang wajib dilalui dengan jayanya oleh semua pegawai Gred M41/M44 sebelum mereka ditugaskan buat pertama kali ke Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa di samping menjadi platform persediaan kepada peserta untuk mempelajari mengenai persekitaran, peranan dan tanggungjawab mereka di penempatan kelak.

Antara pengisian kursus ialah:
1. Pengenalan Protokol Majlis Rasmi & Aplikasi Protokol dalam Penganjuran Majlis
2. Heirarki VVIP Majlis dan Protokol Susunan Tempat Duduk
3. Protokol Istana dan Etika Bersama SPBYDP Agong/ Sultan
4. Teknik Berketerampilan dan Penampilan Secara Profesional dalam Majlis
5. Etiket Bisnes dan Sosial di Majlis Rasmi


Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas kepercayaan yang diberikan kepada ACCEPT mengendalikan program ini.





Setinggi penghargaan juga diberikan kepada Tuan Sophian Ab Rahman, Penolong Dato Maharaja Lela Istana Negara, atas kesudian Tuan berkolaborasi menjayakan sesi perkongsian ini.
Kepada kesemua peserta yang aktif dan komited dalam menggalas tanggungjawab mereka di penempatan kelak, didoakan selamat maju jaya.

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.