Kejayaan seseorang wakil rakyat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh isteri mereka. Ini kerana kejayaan yang dicapai wakil rakyat berkenaan sebenarnya berasaskan kepada dua elemen penting yang wajar dilaksanakan oleh golongan isteri wakil rakyat.
Dua elemen itu ialah menjaga urusan keluarga, rumah tangga dan keperluan suami supaya suami dapat menjalankan tugas dengan tenang dan selesa.
Keduanya, menjadi pembantu kepada suami dengan cara tertentu seperti turun padang, menyantuni dan membantu rakyat yang memerlukan. Ia sekali gus menjadikan isteri wakil rakyat terbabit sebagai perantara antara kerajaan dan rakyat.
Alhamdulillah… Selesai mengendalikan program Bengkel Keterampilan Diri dan Seni Komunikasi anjuran BAIDURI dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan pada : 21 Ogos 2022 ( Ahad ) Tempat: Laman Seri Ridzuan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan BAIDURI dan Institut Darul Ridzuan serta Awaken Training Consultancy untuk kesempatan dan peluang mengendalikan program ini bersama 25 ahli BAIDURI.




Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

