Kursus Protokol dan Etiket Sosial anjuran Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan bertempat di Sungei Petani Kedah: 30 & 31 Oktober 2022

Kursus ini telah dihadiri oleh sejumlah 30 Warga kerja AADK seluruh Malaysia. Mereka terdiri daripada Pegawai, Penolong Pegawai dan Pembantu Anti Dadah, komited menambah ilmu untuk pemantapan imej diri professional.

Program in adalah untuk meningkatkan imej profesional para penjawat awam yang bertugas dengan membantu para peserta memahami konsep protokol dan etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil meyakinkan dan berketrampilan ketika menjalankan amanah dan tugasan.






Kursus ini juga boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

