Kursus Protokol & Etiket DiRaja dan ‘Corporate Grooming’ anjuran Hospital PUSRAWI: 25 & 26 November 2022 bertempat di Westin Hotel Kuala Lumpur.

Seramai 24 orang pegawai Eksekutif dan Pengurusan telah mengikuti kursus ini yang dikendalikan oleh Tuan Sophian Ab Rahman (Istana Negara) dan Puan Noraini Mohd Hanafiah.
ACCEPT merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur Hospital PUSRAWI dan urusetia atas peluang, ruang dan kepercayaan yang diberikan untuk mengendalikan sesi perkongsian ini.
Program in adalah untuk meningkatkan pengetahuan warga kerja dalam protokol dan pengurusan majlis serta adab dan tertib bila menyantuni kebawah duli-duli Tuanku. Ia juga untuk mempertigkatkan imej profesional para peserta dengan memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis; serta menekankan adab-adab kesopanan ketika bersosial dengan mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil meyakinkan dan berketrampilan ketika menjalankan amanah dan tugasan.

Kursus ini dirangka khusus untuk para peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
a. Menggaris elemen protokol serta penyediaan persiapan di dalam sesuatu majlis;
b. Dapat bertindak secara lebih profesional dalam tugas mengiringi dan menyambut tetamu kenamaan terutama di dalam majlis-majlis rasmi;
c. Menampilkan imej yang lebih berketrampilan dan beretika ketika mengurus atau menjadi tetamu majis rasmi.




Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Sophian Ab Rahman, Penolong Datuk Paduka MaharajaLela, Istana Negara atas kesudian tuan menjayakan program ini.
Kepada semua peserta kursus diucapkan Selamat maju jaya.
Antara pengisian perkongsian:
- Pengenalan Protokol Majlis Rasmi & Aplikasi Protokol Dalam Penganjuran Majlis
- Heirarki VVIP Majlis dan Protokol Susunan Tempat Duduk
- Sambutan VVIP Majlis dan Tetamu
- Teknik Berketerampilan dan Penampilan Secara Profesional Dalam Majlis
- Etiket Bisnes dan Sosial Di Majlis Rasmi
- Protokol Istana dan Etika Bersama SPBYDP Agong/Sultan
- Etiket dan Tertib di Meja Makan dan Simulasi Makan Beradab
Kursus ini juga boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.