Kursus Protokol, Pengurusan Majlis dan Pengacaraan Majlis anjuran KUPTM KL: 1 & 2 Disember 2022 bertempat di Avante Hotel KL
Penganjuran sesuatu majlis memerlukan pengacaraan yang baik. Nama baik penganjur, kredibiliti majlis, imej penganjur di mata VVIP dan tetamu kehormat yang lain harus dijaga.
Pengacaraan majlis yang sempurna, lancar dan menepati protokol akan dapat menaikkan imej dan martabat sesebuah organisasi dan penganjurnya di mata masyarakat, negara dan dunia.

Seramai 24 orang perserta yang terdiri dari Pensyarah dan Penolong Pendaftar telah menyertai program ini yang dijalankan selama 3 hari.
Kursus ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
- Meningkatkan Keterampilan Diri Sebagai Seorang MC
- Memahami Peranan dan Tanggungjawab Seorang Pengacara Majlis
- Membentuk Keupayaan Menjadi Seorang Pengacara Yang Berkebolehan
- Mendedahkan Tips dan Kaedah Berkesan Untuk Mengacarakan Majlis
- Memberi Pendedahan Kepada Elemen Utama Protokol Majlis Rasmi

Antara pengisian program ialah:
A. Pengenalan Kepada Protokol & Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan, Protokol Orang Kenamaan, Panggilan Hormat & ’Salutation’
- Peringkat Amalan dan Elemen Utama Protokol
- Jenis & Taraf Majlis
- Pengurusan Protokol dan Aspek Pengacaraan Majlis
- Susunan Keutamaan Persekutuan
- Jenis Majlis & Susunan Tempat Duduk
- Protokol Panggilan Hormat
B. Pengacara Majlis: Kategori, Peranan, Tugas & Tanggungjawab
C. Mengacarakan Majlis: Proses, Persediaan & Tindakan
D. Penulisan Skrip: Keperluan, Persediaan & Tindakan





Kursus ini juga boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

