Academy of Communication Etiquette and Protocol (ACCEPT) sebagai penyedia khidmat latihan kepada Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah menjalankan Kursus Setiausaha Hebat selama 2 hari (5 & 6 Disember 2022) di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi.


Program in adalah untuk meningkatkan imej profesional para Setiausaha Pejabat dengan membantu para peserta memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis. Ia juga untuk meningkatkan kefahaman serta mengamalkan teknik pengurusan masa serta berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil meyakinkan dan berketrampilan ketika menjalankan amanah dan tugasan.
Kursus ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
- Memahami konsep setiausaha pejabat yang cemerlang dalam melaksanakan tugas dan menghadapi cabaran baharu;
- Mempelajari teknik penampilan diri dan imej professional di pejabat;
- Memahami etika kerja dan adab dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan;
- Mengenalpasti, merancang dan mengaplikasi kaedah/Teknik dalam pengurusan masa; dan
- Mengenalpasti dan mengaplikasi teknik berkomunikasi yang berkesan dalam melancarkan urusan kerja.


Kursus ini juga boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

