Kursus Imej dan Keterampilan Diri untuk 200 warga kerja Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM): 7 Mac 2023.

Kursus ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
- Memantapkan ketrampilan & imej diri serta memahami konsepnya sesuai dengan persekitaran organisasi
- Meningkatkan keyakinan diri untuk melibatkan diri dalam urusan kerja dan sosial
- Meningkatkan pengetahuan melalui tatacara berpakaian yang betul dan penggayaan diri yang sesuai di tempat kerja dan aktiviti harian umumnya.
- Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

Program in adalah untuk meningkatkan imej profesional para penjawat awam yang bertugas dengan membantu para peserta memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil meyakinkan dan berketrampilan ketika menjalankan amanah dan tugasan.







Kursus ini juga boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

