Kursus Kepimpinan Tadbir Urus dan Etiket Profesional Barisan Kepimpinan MARDI: 25 & 26 September 2023 bertempat di Hatten Hotel Melaka.
Kursus ini dibangunkan bagi membina keupayaan kepimpinan pengurus baru memahami, menguasai dan melaksanakan tadbir urus dengan lebih berkesan dalam Penyampaian dan Tadbir Kelola yang di amanahkan. Juga berketerampilan professional memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial. Disamping itu ia berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil meyakinkan dan berketrampilan ketika menjalankan amanah dan tugasan.

Kehadiran YBhg Dato' Dr. Mohamad Zabawi Bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI, telah menyemarakkan lagi suasana perkongsian ilmu dengan pendapat dan pandangan yang bernas tatkala sesi perbincangan.





Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur di atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada ACCEPT untuk mengendalikan program ini.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

