Kursus Pengurusan Majlis, Komunikasi, Protokol dan Etiket Sosial anjuran PTPTN: 21 & 22 Disember 2023 bertempat di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.
Kursus ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
- mengetahui dan memahami tentang konsep, prinsip, sensitiviti, dan ruanglingkup protokol dalam konteks majlis rasmi.
- meningkatkan keyakinan diri dalam mempraktikkan pengetahuan protokol semasa hadir dalam majlis-majlis dan semasa mengendalikan majlis
- meningkatkan keyakinan diri berinteraksi di majlis formal dan tidak formal dengan memberi pendedahan mengenai nilai-nilai penting yang menjadi asas dalam berketerampilan, tatakelakuan bersopan santun serta berbudi bahasa.
- mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.


Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

