Kursus Pemantapan Imej Profesional buat 10 warga kerja Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) pada 22 Januari 2024 bertempat di KGPA Damansara.
Kursus ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
- Memantapkan ketrampilan & imej diri serta memahami konsepnya sesuai dengan persekitaran organisasi
- Meningkatkan keyakinan diri untuk melibatkan diri dalam urusan kerja dan sosial
- Meningkatkan pengetahuan melalui tatacara berpakaian yang betul dan penggayaan diri yang sesuai di tempat kerja dan aktiviti harian umumnya.
- Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

