Program Protokol dan Pengurusan Majlis anjuran Worldwide Holdings pada 14 & 15 Februari 2024 buat 30 warga kerja Worldwide Holdings bertempat di Mercu Worldwide Shah Alam.
Pengetahuan dan kemahiran protokol majlis rasmi perlu diketahui dan dikuasai oleh semua orang. Kemahiran ini boleh digunakan untuk semua semasa menghadiri majlis-majlis dan sebagainya. Namun begitu, pengetahuan protokol sangat penting semasa anda menganjurkan majlis.
Program in adalah untuk meningkatkan imej profesional para peserta yang bertugas dengan membantu mereka memahami elemen protokol dalam pengurusan majlis serta konsep protokol bisnes dan etiket sosial dengan baik.
Mereka juga berupaya memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil meyakinkan dan berketrampilan ketika menjalankan amanah dan tugasan.


Kursus ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
- • mengetahui dan memahami tentang konsep, prinsip, sensitiviti, dan ruanglingkup protokol dalam konteks majlis rasmi.
- • meningkatkan keyakinan diri dalam mempraktikkan pengetahuan protokol semasa hadir dalam majlis-majlis dan semasa mengendalikan majlis
- • mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.
- • mengamal adab dan tertib di meja makan agar kelihatan lebih yakin dalam melayari suasana majlis jamuan dengan jaya.

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

