Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial buat 20 warga kerja PLUS Malaysia Berhad: 22 & 23 April 2024 bertempat di PERSADA PLUS Subang.
Jutaan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak penganjur PLUS dan juga AWAKEN Training and Consultancy atas peluang berkolaborasi menjayakan program tersebut.
Tahniah diucapkan kepada kesemua peserta kursus siri kedua ini yang terdiri dari kalangan pihak pengurusan. Mereka telah memberi komitmen dan semangat menjalankan aktiviti latihan dengan jaya nya.
Adalah diharapkan semoga ilmu yang telah dikongsikan akan terus memberi manfaat dalam setiap langkah perjalanan karier peserta dalam usaha memantapkan lagi Imej Profesional untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.