Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis KWSP pada 29 & 30 April 2024 bertempat di EPF Learning Campus Bangi.
Kursus ini adalah sangat relevan untuk pihak pengurusan dan pegawai pentadbir, terutama bagi mereka yang sering terlibat dalam penyelenggaraan acara-acara formal atau majlis rasmi.
Protokol, etiket sosial, dan pengurusan majlis adalah aspek penting dalam memastikan bahawa acara-acara tersebut berjalan lancar dan sesuai dengan norma-norma yang diiktiraf.
Seramai 30 orang warga kerja KWSP telah menghadiri kursus ini. Penglibatan peserta yang komited dan aktif dalam kursus adalah kunci keberhasilan. Apabila peserta terlibat secara aktif, mereka cenderung untuk lebih memahami dan mengaplikasikan konsep-konsep yang dipelajari.
Aktiviti yang terlibat dalam sesi perbincangan, main peranan, latihan praktikal, dan aktiviti-aktiviti lain yang dirancang adalah untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang protokol, etiket sosial, dan pengurusan majlis. Antara modul yang diminta oleh pihak penganjur ialah modul Pengacaraan Majlis. Sedikit kelainan pada kendalian modul kali ini dengan menekankan penggunaan pantun dalam pengacaraan.
ACCEPT merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur EPF Learning Campus diatas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada ACCEPT untuk mengendalikan kursus ini.
Tahniah kepada semua peserta! Semangat komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan dalam kursus tersebut pastinya akan membawa pulang manfaat yang besar. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diterapkan dengan berkesan dalam konteks kerja dan kehidupan harian, serta menjadi asas yang kukuh untuk mencapai kejayaan dalam pengurusan majlis dan interaksi sosial. Maju jaya kepada semua peserta dalam penghayatan ilmu dan aplikasinya dalam kehidupan seharian!
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.