Kursus Pengurusan Majlis dan Etiket Siri ke 2 anjuran KWSP di EPF Learning Campus pada 9 & 10 Julai 2024. Seramai 28 orang warga kerja KWSP diseluruh negara telah menghadiri kursus ini dengan bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu dan pengetahuan dalam Pengurusan Majlis dan Protokol. Juga digarapkan dalam sesi perkongsian ini ilmu Pengacaraan Majlis yang Berwibawa.
Objektif Kursus 1. memberikan kefahaman berkaitan teori dan amalan protokol serta etiket social di dalam pengurusan majlis 2. menggariskan nilai-nilai etiket supaya dapat meningkatkan lagi keyakinan diri apabila terlibat dalam urusan mengendalikan pelbagai bentuk majlis.
ACCEPT merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah memberi peluang dan ruang untuk mengendalikan sesi selama 2 hari ini. Semoga segala ilmu dapat dimanfaatkan Bersama.

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

