Kursus Pengurusan Majlis, Etiket & Protokol @ Rapid Penang: 16 & 17 Julai 2024 buat 17 warga kerja PRASANA: Rapid Penang yang sentiasa berusaha untuk memantapkan ilmu dan pengetahuan dalam bidang Pengurusan Majlis dan Protokol.
Program direka supaya pada akhir kursus ini, peserta kursus akan:
1. mengetahui dan memahami tentang konsep, prinsip, sensitiviti, dan ruanglingkup protokol dalam konteks majlis rasmi.
2. meningkatkan keyakinan diri dalam mempraktikkan pengetahuan protokol semasa hadir dalam majlis-majlis dan semasa mengendalikan majlis
3. meningkatkan keyakinan diri berinteraksi di majlis formal dan tidak formal dengan memberi pendedahan mengenai nilai-nilai penting yang menjadi asas dalam berketerampilan, tatakelakuan bersopan santun serta berbudi bahasa.
4. mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.
ACCEPT merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan PRASARANA, khusus nya sekretariat Latihan Puan Marni atas segala peluang dan ruang serta sokongan yang diberikan untuk kami menjayakan program tersebut.
#protocolandeventmanagement #eventmanagement #Protocol #businessprotocolandetiquette #pengurusanmajlisdanprotokol

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

