Program Umum ACCEPT ‘Event Management and Protocol Course’ pada 24 & 25 Ogos 2024 bertempat di RHR Hotel @ Kajang.

Kursus ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
- mengetahui dan memahami tentang konsep, prinsip, sensitiviti, dan ruanglingkup protokol dalam konteks majlis rasmi.
- meningkatkan keyakinan diri dalam mempraktikkan pengetahuan protokol semasa hadir dalam majlis-majlis dan semasa mengendalikan majlis
- meningkatkan keyakinan diri berinteraksi di majlis formal dan tidak formal dengan memberi pendedahan mengenai nilai-nilai penting yang menjadi asas dalam berketerampilan, tatakelakuan bersopan santun serta berbudi bahasa.
- mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.



