
Selesai memenuhi undangan mengendalikan Sesi Setiausaha Hebat dan Ideal LHDN sempena Kursus Pengurusan Pemantapan Soft Skills Penolong Eksekutif Hasil Fungsi Kesetiausahaan pada 28 Ogos 2024.
Dalam perkongsian kali ini, para peserta telah memperolehi pandangan praktikal tentang bagaimana memperhalusi kehadiran profesional, memahami bagaimana warna boleh mempengaruhi persepsi, serta menguasai seni berpakaian dengan tujuan dan keyakinan.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur khususnya sekretariat Tn Navin atas usaha dan dedikasi nya menjayakan kursus ini, atas komitmen yang luar biasa dalam memastikan setiap aspek program berjalan dengan lancar.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah juga kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang penuh dedikasi sepanjang kursus ini. Anda semua telah menunjukkan semangat yang tinggi dalam memperkaya pengetahuan dan kemahiran.
Semoga apa yang dipelajari menjadi titik permulaan kepada pencapaian yang lebih gemilang dalam peranan anda sebagai setiausaha yang hebat dan ideal. Teruskan usaha, dan semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda dalam setiap langkah kerjaya. Tahniah sekali lagi!
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

