Kursus Protokol dan Etiket Rasmi - Hari Profesional IAB 2024 pada 24 Oktober 2024
ACCEPT telah dipelawa oleh Institut Aminuddin Baki untuk mengendalikan Kursus Protokol dan Etiket Rasmi buat para pendidik sebagai peserta, untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang berharga dalam suasana yang penuh semangat.
Dalam kursus ini, kami telah menyentuh beberapa modul penting seperti:
1. Protokol Pengurusan Majlis - Peserta didedahkan kepada elemen protokol dalam pengurusan acara, termasuk hierarki VVIP dan susunan tempat duduk yang tepat untuk memastikan majlis berjalan lancar.
2. Penampilan Profesional dan Dress Code Majlis - Kami membincangkan kepentingan penampilan yang sesuai dan profesional dalam menghadiri majlis, yang merupakan cerminan diri kita sebagai pendidik.
3. Etiket Bisnes - Modul ini memberi tumpuan kepada bagaimana etiket bisnes yang baik dapat meningkatkan perhubungan profesional, sekaligus membuka lebih banyak peluang dalam kerjaya.
Ucapan Jutaan terima kasih khas kepada penganjur, Institut Aminuddin Baki, atas peluang untuk melaksanakan program ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan profesionalisme dan hubungan kerja kita.
Alhamdulillah dapat memenuhi amanat dan kesempatan untuk berkongsi ilmu mengenai Protokol Pengurusan Majlis, Corporat Presence, dan Etiket Bisnes dikalangan pendidik yang amat dikagumi.

Kombinasi ilmu protokol dan keterampilan profesional dapat membantu pendidik menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih baik.
Dengan menguasai kedua-dua aspek ini, pendidik bukan hanya dapat mendidik pelajar dengan ilmu dan nilai, tetapi juga dapat membentuk individu yang berkeyakinan dan berdaya saing dalam masyarakat. Keberkesanan mereka sebagai pendidik akan memberi impak yang positif kepada pelajar dan komuniti secara keseluruhannya.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.