Kursus bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu dan pengetahuan dalam Pengurusan Majlis dan Protokol.
Objektif Kursus memberikan kefahaman berkaitan teori dan amalan protokol serta etiket social di dalam pengurusan majlis dan menggariskan nilai-nilai etiket supaya dapat meningkatkan lagi keyakinan diri apabila terlibat dalam urusan mengendalikan pelbagai bentuk majlis.

Kursus Pengurusan Majlis, Protokol dan Etiket Sosial anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berlangsung dengan jayanya pada 5 & 6 November 2024 di Akademi Percukaian Malaysia! Seramai 23 warga kerja LHDN hadir untuk memantapkan kemahiran dalam bidang protokol, pengurusan majlis, dan etiket sosial.
Kami berkongsi enam modul utama yang merangkumi:

Pengenalan kepada Protokol dan Etiket Sosial – Mengenali asas protokol dan kepentingan etiket sosial dalam majlis rasmi.

Pengurusan Majlis Rasmi – Langkah mengatur majlis dari perancangan, susunan tetamu hingga ke pelaksanaan.

Kod Pakaian dan Imej Profesional – Pilihan pakaian dan warna yang sesuai dalam imej profesional.

Komunikasi Profesional dan Bahasa Badan – Kemahiran komunikasi dan bahasa badan yang tepat.

Pengurusan Tetamu VIP dan Kenamaan – Kaedah menyambut, mengiringi, dan mengatur VIP.

Protokol Susunan Tempat Duduk berdasarkan SKP
Setiap modul disampaikan secara interaktif dengan sesi soal jawab yang aktif serta latihan praktikal yang memberi peluang kepada peserta untuk berlatih secara langsung. Sambutan yang amat positif daripada peserta menunjukkan komitmen tinggi mereka dalam meningkatkan kemahiran profesional.
Terima kasih kepada LHDN atas peluang ini dan khusus kepada Sekretariat Tn Navin atas segala sokongan yang diberikan sepanjang sesi perkongsian tersebut. Kepada kesemua peserta didoakan selamat maju jaya, semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua peserta dalam menjalankan tugas harian mereka.

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.