
Kursus Pengurusan Majlis, Protokol dan Etiket Sosial telah diadakan pada 8 & 9 November 2024 di Eastin Hotel Penang, dengan penyertaan 30 warga kerja Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.
Kursus ini antaranya memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis dan menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk.
Suasana kursus yang interaktif dan penuh semangat ini membuktikan komitmen peserta dalam memperkaya ilmu pengetahuan mereka, terutamanya dalam bidang pengurusan majlis, protokol rasmi, dan etiket sosial.
Kursus ini tidak hanya memberi pendedahan tentang tatacara protokol dan etiket, tetapi juga menyediakan platform untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman yang berharga.
Sesi Adab dan Tertib di Meja Makan atau Executive Dining Skills yang diadakan semasa kursus ini juga memberi penekanan kepada kepentingan etiket makan yang betul dalam konteks profesional.
Dalam dunia perniagaan dan hubungan rasmi, cara seseorang mengendalikan dirinya semasa menjamu selera di meja makan memainkan peranan penting dalam membentuk imej profesional dan kredibiliti.
Melalui sesi ini, peserta diajar tentang tatacara makan yang tepat, termasuk cara menggunakan peralatan makan dengan betul, adab berbual semasa makan, dan bagaimana menjaga sikap sopan santun dalam situasi makan rasmi.
Latihan ini memberi mereka keyakinan untuk menghadiri majlis makan malam, pertemuan perniagaan, atau acara sosial tanpa rasa canggung, sambil memastikan mereka sentiasa kelihatan profesional dan beradab.
Tahniah kepada semua peserta Kursus Pengurusan Majlis, Protokol dan Etiket Sosial yang telah menunjukkan komitmen dan minat yang tinggi dalam memperkaya ilmu sepanjang dua hari yang penuh bermakna ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diterapkan dalam meningkatkan profesionalisme dan kualiti kerja di masa hadapan.
Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur atas peluang dan ruang yang diberikan kepada ACCEPT untuk pengendalian kursus tersebut.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.