Kursus Pentauliahan Profesional Pengurusan Acara: Modul Protokol DiRaja dan EtiketAlhamdulillah, selesai menjalankan kursus selama 4 hari, 1 - 4 Disember 2024, untuk 15 tenaga pengajar akademik yang penuh dedikasi.

Program ini adalah hasil kerjasama antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia serta Universiti Utara Malaysia. Fokus utama adalah memberi pendedahan mendalam tentang Protokol DiRaja dan Etiket dalam pengurusan acara.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tn. Ahmad Dan Setafa (Mr Protokol) atas sumbangan sebagai tenaga pengajar dan panel penilai sepanjang kursus ini. Kehadiran dan kepakaran beliau telah memperkayakan pengalaman pembelajaran para peserta.


Terima kasih atas kepercayaan dan peluang yang diberikan untuk berkongsi ilmu. Kami amat berbesar hati melihat komitmen peserta yang begitu bersemangat untuk memperkasakan kemahiran dalam bidang ini.
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat diaplikasikan dalam tugas dan tanggungjawab para peserta dengan cemerlang!
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

