KURSUS ASPIRASI SETIAUSAHA MAMPU 2018
pada 26 Mei 2018 bertempat di MAMPU Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Kepentingan seorang setiausaha kepada sesebuah organisasi tidak dapat dipertikaikan. Seorang setiausaha pada masa kini bukan sahaja bertindak sebagai duta kepada majikannya, malah kewibawaan majikan juga amat bergantung kepada keupayaan dan produktivitinya. Ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang setiausaha yang ideal merangkumi aspek profesional dan personal. Setiausaha yang profesional dapat menjalankan tugas rasmi di pejabat secara berkesan. Manakala dari aspek personal pula adalah karakter peribadi serta sikap yang menjadikan seorang setiausaha itu disenangi majikan, rakan sekerja dan pelanggan, bukan sahaja ketika menjalankan tugas, malah di luar waktu bertugas.
Kursus ini membantu para peserta membentuk personaliti yang unggul dan cemerlang dalam menjaga imej korporat serta peranan mereka dalam membina identiti profesional yang berkualiti.












