Kursus Pengacaraan Berwibawa Majlis Berprestij bersama Warga Kerja Majlis Sukan Negara Malaysia pada 25 Februari 2025 di Casa 4, MSN Bukit Jalil

ACCEPT berpeluang mengendalikan Kursus Pengacaraan Berwibawa Majlis Berprestij khas untuk warga kerja Majlis Sukan Negara Malaysia — dan pengalaman ini sememangnya luar biasa!
Kami amat teruja melihat semangat peserta yang begitu komited untuk mempertingkatkan kemahiran mereka dalam seni pengacaraan majlis. Sepanjang program ini, kami mendalami:
- Teknik pengendalian majlis rasmi dan berprotokol
- Penggunaan bahasa yang betul, formal dan profesional
- Etika, gaya penyampaian, dan keyakinan di pentas
- Persiapan skrip dan adaptasi situasi spontan


Ilmu ini bukan hanya penting untuk majlis sukan semata, tetapi juga majlis rasmi negara, pelancaran, dan acara berprestij lain di mana imej organisasi turut dipertaruhkan.
Terima kasih Majlis Sukan Negara Malaysia atas kepercayaan dan peluang ini. Semoga segala yang dikongsi memberi impak yang berpanjangan dan menyuntik keyakinan tinggi buat semua peserta apabila berada di pentas!

Teruja untuk mengendalikan sesi istimewa di sekolah sukan ternama ini, di mana disiplin, kecemerlangan, dan dedikasi menjadi teras utama. Tak sabar untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para juara masa depan!

Sesi ini membantu peserta mengawal pernafasan dan intonasi dengan lebih baik untuk menjadi pengacara yang berkeyakinan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan komitmen penuh!

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

