
Kursus Pembentukan Imej Profesional MOSTI 2025 : 25 - 27 April 2025 bertempat di Institut Latihan FELDA Trolak Sungkai.
Hari Kedua berlangsung padat dari pagi hingga malam dengan modul:

Menyempurnakan Gaya Mengikut Tubuh dan Wajah

Pengaruh Warna dalam Penampilan

Etiket Membina Perhubungan Profesional

Makeup dan Dandanan

Komunikasi Profesional
Terima kasih kepada Puan Zalea dan Tuan Sabri
Lea Sabre atas bantuan cemerlang mengendalikan sesi hari ini!
Suasana pembelajaran sangat interaktif, penuh semangat, dan bermanfaat untuk memperkasa imej profesional warga kerja MOSTI.
Menutup tirai Kursus Pembentukan Imej Profesional MOSTI dengan semangat baru!
Usai Menyempurnakan Amanat | Kursus Pembentukan Imej Profesional MOSTI 2025 : 25 - 27 April 2025 bertempat di Institut Latihan FELDA Trolak Sungkai.
Hari Ketiga diteruskan dengan aktiviti yang dinanti-nantikan — Tip & Teknik Berpakaian dan Berpenampilan: Dress Sense.
Antara aktiviti yang dijalankan:

Mengenalpasti Dress Code dan padanan aksesori

Self-Audit berpandukan Dress Code rasmi

Sesi praktikal yang menyeronokkan dan interaktif
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Zalea @
Lea Sabre atas kesudian membantu sepanjang sesi hari ini.
Terima kasih juga kepada pihak penganjur atas kepercayaan dan peluang yang diberikan untuk bersama-sama menyumbang dalam Kursus Pembentukan Imej Profesional ini.
Sesi berjalan dengan penuh semangat, keterlibatan aktif, dan suasana pembelajaran yang positif.
Semoga semua peserta terus maju, memperkukuh imej profesional, dan membawa kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.