
Terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH) dan Awaken Training Consultancy atas peluang berharga untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama 33 warga kerja yang bersemangat dan komited!

Sepanjang program, peserta didedahkan dengan:
Protokol Majlis
Etika & Tertib di Meja Makan
Penampilan Profesional
Etiket Sosial & Profesional
Semoga ilmu yang dikongsi menjadi panduan dalam membina budaya kerja yang lebih beradab, profesional dan berintegriti.


Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

