Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman teori dan amalan protokol sejagat, memperjelas tanggungjawab pegawai protokol dan penyambut tetamu serta mengaplikasi kemahiran secara langsung melalui simulasi majlis rasmi.

Kami juga berkongsi antaranya tentang:
1. Adab dan tertib di meja makan
2. Komunikasi profesional
Dan ditutup dengan aktiviti berkumpulan yang sangat fun – Simulasi Pengurusan Majlis, siap dengan dress code yang cukup bergaya!

Paling best bila tengok peserta begitu aktif, sporting dan betul-betul beri komitmen dari awal sampai akhir. Rasa terharu bila ilmu yang dikongsi dapat diterima dengan begitu baik.

Terima kasih LPPKN dan semua peserta yang awesome! Semoga apa yang dipelajari terus jadi amalan dan inspirasi!
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

