Memperkasa Imej Profesional untuk ASEAN 2025

Alhamdulillah, selesai sudah sesi ceramah bertajuk ‘Commanding Presence: Grooming and Etiquette for Professional Impact’ yang berlangsung di Dewan Baiduri, Menara PETRA, Putrajaya.

Seramai 40 Liaison Officers (LOs) telah menghadiri sesi ini sebagai persediaan menghadapi Penganjuran Mesyuarat Tenaga ASEAN Tahun 2025.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan latihan dan pendedahan kepada para pegawai yang bakal dilantik sebagai pegawai pengiring (liaison officers) yang akan berkhidmat sewaktu Senior Officials’ Meeting on Energy (SOME) dan ASEAN Ministers on Energy Meeting (AMEM) yang bakal dianjurkan oleh PETRA: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Terima kasih atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga sesi ini memberi nilai tambah dalam meningkatkan imej profesional dan keyakinan diri para pegawai sepanjang bertugas di acara berprestij ini.


Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

