
Program Pengurusan Majlis, Protokol & Etiket yang berlangsung memerlukan alat bantu pengajaran dan peralatan latihan yang khusus. Ini terutamanya melibatkan sesi Executive Dining Skills — satu modul hands-on yang kami reka dengan penuh teliti.


Kami membawa set lengkap peralatan untuk sajian 5-hidangan gaya Barat bagi memastikan setiap peserta merasai sendiri pengalaman sebenar seperti dalam suasana rasmi dan berprestij. Segala peralatan termasuk cutlery, crockery, glassware, dan linen perlu dibawa sendiri bagi menjamin kesempurnaan suasana dan penyampaian.


Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan layanan mesra, serta buat trainer provider I-Smart Global kerana memberi ruang dan peluang untuk kami berkongsi. Seronok bila ilmu disambut dengan semangat dan senyuman.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus? Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta. Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

